Monday, May 25, 2015

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum .

Ya saudara saudari cikebum cikebum. Hahahahaha. Ting tong pulak rasa bila mood nak ke tengah malam nih.

Tujuan aku typing entry nih sebabnya aku nak bermanja dengan my lappy lah kan. Lepas nih my lappy adik aku pulak yang nak guna. Hmm .. **sebak
Second sebab aku nak story sikit pasal “that day” . Haaa. That day tu .. jeng jeng jengggg  !!!
“HAPPY TEACHER’S DAY”

Yeahhh .. Jap . Mesti korang ingat aku nih cikgu kan. Salh tu. Aku bukan cikgu. Aku hnya lah staff sokongan je. Biasa biasa je aku nih. Tapi aku still lagi celebrate this day kat sekolah. Rasa teruja pun ada. Firt time nih aku celebrate dengan bebudak. Hihihi

Straight to the point je lah kan..

Pagi tu macam biasa lah, sesiap bagi cecantik sikit. Yerr .. Sebelum nih cantik jugak, tapi hari tu extra sikit lah . Hahahahaha. **correction. Not cantik tapi kemas. J

Then pegi sekolah. Aku pegi awal hari tu sebabnya aku soramg yang tak prepare hadiah lagi. Haa .. Hari tu kami geng geng cikgu and staff ni main tukar tukar hadiah. Dan hadiah aku paling style.
SHAKLEE as a gift okeyy !! Memang rasa rendah diri sikit lah sebab hadiah aku paling kecik. Hmm.
**abaikan

Orite. Aku bagi korang layan gambo dulu lah erk. Enjoy!




Perarakan Vvip, guru guru, dan staff sokongan. 
**Terselit muka aku jugokk. hahahaha






Perhimpunan rasmi di sertai dengan perasmian hari guru. 






Saja menyibukkan diri. Hahaha







Pertukaran hadiah antara semua guru. 
**Hadiah aku paling kecikk bak hangg


Sukaneka guru dan murid.
**Aku pun terlibat sekali walopon berbaju kurung. Malas nak tukauu wehh. hahahaha



Ni geng gua lah. Cikgu cikgu dan staff pendidikan khas. 



**comey tuii hadiah gua. 





Gua conduct persembahan kelas gua. Gua pun dipaksa joget sekali. Pun bolehhh. hahahaha


Gambo gambo ni adalah aktiviti dari pagi sampai ke balik lah. Even simple, tapi bagi aku ni pengalam baru dalam hidup. Rasa bertuah dan bersyukur sebab tak semua orang ada pengalaman macam nih. Yang diraikan oleh murid murid kan. Seronok !

Dulu berangan nak jadi cikgu jgak sebab nak celebrate hari guru. Alhamdulillah, even aku bukan officially a teacher, tapi Allah bagi aku rasa diraikan masa hari guru. Thank you Allah ..

Seronok bila kita sentiasa dikelilingi budak budak nih. Bukan kita kan semakin jadi kebudak budakan tau. Tapi lebih matang. Masa nih korang akan tunjuk kan sikap sehabis baik lah sebab nak tunjuk depan dorang. Takkan lah kita nak tunjuk perangai tak elok kan.

Kita as orang yang yang tua dari dorang kena tunjuk kan nilai nilai murni. Kalau lah dorang tu one day jadi seorang yang kurang baik, hahh . nak salh kan siapa?? Jangan salh kan ibu mengandung okeyy .

Fikir fikir kan lah yer ! Oke dah. Esok aku kena meneruskan perjuangan.

Selamat malam ! Kalau selisih dalam mimpi tu tegur tegur lah. Hahahahahaha. Assalamualaikum ..


Sabtu

11:32 p.m , 23 Mei 2015

Saturday, May 16, 2015

This is ...... HERBAL BLEND lah !

Assalamualaikum .

Ya sahabat sahabat sekalian ...... :)

Petang yang agak suam suam kuku gitu . Bila kanak kanak suda pulang kerumah, kami di sini hanya menunggu masa untuk pulang selepas setle sume kerja. Haaaa gitew. Kronologi nye lagutuhhh .. Hahahahaha

Jom ler kita yang tengah free nih, berblogger. Orite. Gini . Entry kali ni eden nak share pasal "sesuatu". 

Hahh? Apa dia sesuatu tu?

Jeng jeng jeng!!

THIS IS HERBAL BLEND !!!


Straight to the point je lah erk. Nanti korang buhsan pulak nak membaca.

Okey. Aku sangat suka lotion ni sebab nya ini losyen pelbagai guna. Pengalaman aku guna losyen nih ada dua:

First masa kulit muka aku menggelupas lepas balik short vacay hari tu. Pakai dua hari, allhamdulillah.. Hilang :)

Second aku try untuk kulit tumit. Merekah derrr tumit aku. Aku ada jugak beli losyen untuk tumit. Tapi .. Hambar ... Lepas tu aku try losyen ni.. Alhamdulillah . Makin better dari yang lepas. Memang aku jaga kulit kaki aku lepas tu. Hahahahahahahahahahahaha *gelak besaq

Tu je lah nak cerita. Ni based on my experienced lah. Kalau korang nak tau tahap keberkesanannya macam mana, korang boleh pm aku. 

Kalau korang nak tau pasal lain lain produk shaklee pun boleh. Sedia membantu. Hihi

Okey lah. Gua chow dulu . Ada kerja yang nak dibuat. Nanti gua update entry baru k. Tu pun kalau gua rajin lah kan. Hahahahaha

Arigato gozaimasss ! 

Tuesday, May 12, 2015

m o v e . o n

Assalamualaikum, readers readers sekalian !!!

Hahhh ! gitu.. Nampak nau over aku nih. Hahaha. Baru ada masa lapang untuk bertyping and berblogger. Sebelum ni ada je masa terluang tetapi memandangkan rumah aku takde wifi… apa boleh buat meyhhh..

Move on ? Kenapa tajuk move on ? Ada apa pada move on ?
Ehhh .. ehh .. ehh .. Suka hati aku la nak type apa. Sibuk je korang. HAHAHAHA *gelak besar
Sorry.  Sorry. Sesaje melawak.

Okey. hari ni aku nak bercakap pasal move on sebab this is current issue dalam hidup aku etceli. Mesti korang tertanya Tanya apa dah jadi ke aku kan. Hahahahaha
Takde apa lah. Kalau ada pun …. Ehh takde apa lah. Aku tulis entry ni sebab aku nak bagi semangat dekat orang yang nak move on. Bagi sesape yang nak move on, aku harap kita sesame boleh move on and hopefully cara aku ni membantu korang. Bukan nya apa, aku tak nak korang meratap lama sangat. Hahahaha *cakap dari pengalaman =D

Well .. Hal yang berkaitan dengan hati ni tersangat lah menguji iman dan ketaqwaan. Tak percaya ?? Kau pegi tanya orang yang hati dia pernah rabak. Konfem orang tu boleh cerita sambil meleleh air mata. Hahahaha

Dalam saat saat genting macam ni, apa yang korang perlu buat ialah :

1-Menangis
Korang tau tak menangis tu bukan  menunjukkan diri kita ni lemah tapi kita menangis untuk meluahkan rasa sedih yang terbuku dihati. Seandai nya lah korang memendam, tak ke jadi dendam nanti. Takpun jadi gila sebab tak meluah kana pa yang sepatut nya diluah. So, korang .. alahh, jangan malu lah nak menangis. Jangn disimpan sedih tu bersarang dalam hati .. pergi atas bukit or mana mana then jerit. Yang pastinya jangan jerit dalam toilet, nanti kena marah dengan mak korang, jangan salah kan aku pulak yo!

2-Cari kawan kawan yang positif
Time time gini korang memang perlukan sokongan moral daripada seseorang yang sangat rapat. Contoh nya korang ada bff, atau sesapa pun.. luahkan lah. Luahkan dengan seikhlas hati. Jangan bagi ada yang tertinggal. Kalau kawan korang tu betul betul sayang korang, dia takkan memperlekehkan sikap korang sebab seorang kawan kan… mestilah dia faham apa yang kawan dia rasa.. **well, aku dah pernah rasa semua ni. Tengkiu kawan sebab sentiasa dengar cerita aku yang kadang kadang boleh korang marah sekali. Kekekeke

3-Positif
Bab ni korang kena kuat lah. Nak fikir positif memang kena kuat sebab ni adalah salah satu point untuk kita telan and hadam apa yang telah berlaku. Aku pernah Tanya kat sorang kakak nih, “akak, betul tak kalau orang cakap ayat positif ni hanya untuk kita sedapkan hati sendiri je?” Then, akak tu jawab,”ye dik. Betul tu. Sebab takde sapa yang boleh sedap kan hati melainkan kita sendiri yang set dalam otak. **masa aku nak move on tu memang setiap hari aku keep cakap ayat positif . hm

4-Back to basic
Maksud aku kat sini, cari Allah balik. Seeeeee…. Kita sendiri yang salah. Masa tengah seronok, lupa Dia. Bila susah baru nak cari. Allahu… Memang patut pun Allah bagi kita ujian nih. **nasihat untuk diri sendiri jugak. Masa nil ah korang kena up !

“Solat kena jaga, Al-quran jangan tinggal”

Memang ini yang korang kena buat. Jangan tinggal walaupun korang busy bagai esok dah takda hari. Masa solat tu korang jadikan satu platform untuk korang bercerita. Yesss ! masa untuk bercerita dengan Allah. Cakap kat Dia, luah dekat Dia, menangis depan Dia…. **ahhh.. sebak nya aku rasa. Korang luahkan lah apa yang korang rasa pada Dia. Kalau rindu, kalau sayang, cerita pada Dia.. Dia maha mendengar. Lepas korang “bercerita”, insyaAllah, rasa tenang tu tak dapat dibayangkan. **Aku pernah buat. Memang masa tu aku tersedu sedu bercerita, terasa macam berat dugaan aku ni, tapi bila masa aku doa tu aku mohon untuk dikurniakan rasa tenang… Alhamdulillah.. Rasa yang tak dapat digambar kan. Ringan .

Tu je kot point yang aku buat. Point lain tu aku rasa macam tak buat pun takpe. Contoh nya macam delete semua conversation, gamba semua…
Aku? Aku tak delete ape pun benda yang ada kenangan dengan dia..
Sebab? Sebab aku tahu benda ni adalah kenangan untuk aku yang memang takkan ada lagi pada masa akan datang. Masa korang berdoa tu, mintak dekat Dia, buka kan lah pintu hati korang untuk terima semua ni dengan ikhlas dan redha… InsyaAllah.. perasan korang akan feel better lah. Allah tak kejam , sayang …. =)

Jangan delete lah. Simpan buat kenangan. Dan korang buat lah benda benda yang menghappy kan diri. Contoh nya, korang pergi main hoki ke ape ke. Buat lah benda yang korang rasa nak buat.
Aku? Aku berbisnes. Dan aku rasa seronok pulak berbisnes ni. Hihi. Masa nil ah korang nak up balik. Do something that make u feel strong. Macam aku, aku rasa nak pergi join balik kelas silat. Hahahahahaha. Sebab aku nak jadi seorang yang berguna pada masa depan.

Okey, aku pun nak berkemas. Masa aku dah cukup. Aku nak balik.

Jadikan masa korang rabak ni satu strong reason untuk korang jadi lebih baik. Allah takkan uji hamba Dia, kalau Allah tau hamba Dia tak mampu. Korang kena say Alhamdulillah sebab Dia bagi korang sedar sebelum korang lagi hanyut.

And the last point, bangkit lah ! stand up ! Kita ada Allah ! aku tahu benda ni tak mudah nak buat, tapi aku yakin allah akan bantu bagi jadi mudah. Hearttttt … get well soon …





Selasa, 4:14 pm