Friday, October 16, 2015

Keep Calm and Happy reading yea!

Assalamualaikum blogger, reader, seeker sekalian.
Malam ni aku rasa nak share something. 
Korang baca je lah ...


Selalu je aku rasa problem aku paling berat.
Sampai nak senyum, nak gelak macam dulu pun tak mampu.

Selalu je aku rasa down.
Sampai nak let it go pun tak mampu.

Selalu je aku rasa aku selalu ada kat bawah.
Sampai kan aku selalu kurung diri dalam bilik and malas nak bercampur dengan orang.

Selalu je aku rasa stress dengan hidup aku sendiri.
Sampai kan aku rasa GIVE UP !

Dalam "selalu" tu banyak benda yang aku belajar. 

Tadi aku lepak dengan sorang member baik aku masa zaman sekola. Kalau nak dikira berat nya dugaan aku dengan dia, berat lagi dugaan Allah untuk dia berbanding dugaan untuk aku nih. Seriyes! Sampaikan aku nak je tabik spring dekat dia sebab dia kuat hadap semua nih.

Rasa syukur tak terkira. Thank you Allah.

Hari tu aku memang rasa stress and serabut dengan life aku sendiri. Tengok news feed fb, orang pegi short vacay. Online ig, orang per short vacay. Kau rasaaa .?? Hahahaha . Aku rasa stress sebab aku ni kaki jalan. Bila tak dapat jalan macam orang lain tu, timbul rasa stress sikit. So, aku pun offline kan diri aku. Pernah jugak terfikir "aku takda hak untuk bahagia" .. Haaa . nii ayat ayat negatif  nih. hindar kan. hahahha. Sampai macam tu sekali aku rasa. Aku banyak diam. Aku tak banyak senyum. Aku tak banyak gelak dah. Aku tak banyak contact dengan sesape. 

Dalam masa aku banyak diam tu, tak sangka Dia selit kan rasa bahagia untuk aku.

Banyak tempat yang aku berhajat nak pegi. Tapi tak pernah tercapai. Tapi Allah tu Maha Baik.

Dia bagi aku rasa tempat yang aku nak pergi tu. 

Alhamdulillah. Sikit demi sedikit rasa tenang, bahagia tu ada. Cuma aku jer yang nak kene sabar sikit. huhu ..

Dann ..

Selalu je aku rasa aku sorang sorang.
Sampai kan aku diam terus.

Tapiiiii ..

Rupa nya aku silap. Allah sentiasa ada. Kawan kawan sentiasa ada. Aku je rasa macam tu. hihi

hahahahaha. Malam ni mood rasa nak luah kan semua dalam blog aku. Korang yang baca tu boleh komen or bagi nasihat kat aku yer. Mungkin boleh guna untuk upgrade hidup aku yang rapuh nih. 

So pengakhiran entry aku malam nih, keep calm and sabar. Kalau kita sabar, insyaAllah hasil yang positif kita dapat. Ini dari pengalaman aku la. 

Ok dah. Aku nak tidur. Selamat membaca dan selamat selamat semua nya eh. Daaaa :)

**fon aku rosak. aku nak try sabar sikit. kot kot aku boleh dapt Iphone 6 esok. KAHKAHKAH**

aku lanje gambo sikit



aku daripada dulu teringin giler nak main belon ni. at lastttt ....... :D

Sunday, July 12, 2015

"aku mohon jangan pergi ..."

DAHSYAT by mojo

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya


Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh..
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu



My peberet song.

Jangan tanya aku kenapa aku suka lagu nih .. sebab aku sendiri takde jawapan ...

"Aku mohon jangan pergi. Jiwa ini perlu kamu ..."



Sunday, June 21, 2015

Sharing is caring

Assalamualaikum .. Ya sahabat sahabat sekalian. 

Lagi ngapai tuh ? Lapo tak ? hahahaha

Posa weh posa. Mano boleh makan. Happy fasting eh. Dah hari kelima posa nih. Dah tak lambat nak raya. Baju raya pun entah kemana. Apatah lagi kasut, handbag,. aigooo

Haihh laa. Ehh . maapp. Tujuan entry kali ni aku nak share pasal 1 rahsia. 

Since aku terlibat dalam SHAKLEE nih, aku belaja banyak benda. Especially pasal benefit produk lah kan. Meh sini aku share apa yang aku consume ...

Aku consume tak banyak sebab aku tengah hadapi "kemerosotan ekonomi peribadi". HAHAHAHAHAHA

Tapi alhamdulillah.. Walau pun tak banyak aku consume, ia berbaloi derrrrrr !!! 


HERBAL BLEND - MULTI PURPOSE CREAM


VITA C PLUS SUSTAINED RELAESE


VITA LEA

Gambo first aku apply dekat tumit and jadikan dia lotion tangan and muka.Sapu dekat jerawat. This is awesome! Aku dah pernah update pasal herbal blend sebelum nih. So. boleh refer entry aku yang sebelum ni kan.

Second, aku consume VITA C PLUS. Kalau orang tu dah kenal aku, mesti dia dah tau kulit muka aku macam mana. Berjerawat + gelap + burn + kusam + berparut .
Banyak problem kulit yang aku hadapi. Sorry takde gambo aku sebab aku pinjam lappy cuah ni. Before this memang teruk tapi sejak amal kan supplement ni PARUT MAKIN HILANG + JERAWAT MAKIN KURANG + BURN DAH OKE BANYAK . Aku akan telan 2 biji sekali lepas lunch. **nak kesan cepat. hihi . Lagi satu aku buat masker. Alahh .. nak tunjuk gambo takdek masker aku. Bukan lappy aku. Tapi korang just amek sebijik VITA C PLUS tu and bagi jadi serbuk. Tumbuk sikit bagi hancur. Then campur air sikit dan sapu dekat muka. Gosok gosok sikit. Kesan diaaaaaa.. KULIT RASA BERSIH + LICIN + JERAWAT KECUT. Korang raseeee .... hahahahaha

Third, aku makan VITA LEA. Supp tu bagus untuk badan kita etceli sebab dalam tu ada 28 vitamin termasuk minerals yang diperlukan untuk badan. Haaaa.. Kiranya VITA C + VITA LEA ni adalah kombinasi yang cun untuk kulit and badan. Ada lagi satu yang aku patut amek iaitu B Complex. Tengah penuh kan tabung ni. hihihi

Ok dah explanation pasal supp yang aku amek. Sekarang aku dah rasa okey sikit bila kuar tanpa mekap even aku consume baru 2 bulan. Bukan nak kata kulit aku cantik, tapi better. Kulit aku still tak fully recover but better. Masih lagi ada jerawat tapi dah tak banyak. Masih lagi kusam tapi kalau sapu bedak compact tu namapk dah oke. hihi

Lepas ni aku nak jaga dari segi luaran pulak. Kita guna SET NUTRIWHITE SHAKLEE. Mahal memang mahal. Aku sampai mengadu dekat my "nanny" sebab mahal nauu rege nye. hahahahahaahaha. Tapi kalau korang tengok muka nanny aku, perghhhhhh . LICIN + GEBU + TEGANG + BERSIH. Tak kan nak tengok saja je kan. I want it !!!!!

Jom ! Sikit masa lagi set tu akan jadi milik aku. HAHAHAHAHAHA

Aku nasihat kan sape yang consume supplement Shaklee untuk kulit tu, jangan putus asa. Jangan bila tak nampak kesan korang dah fed up. Baik tak payah beli kalau macam tu. Simpan duit beli topap lagi bagus. Aku nih yang nak nampak okey sikit perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Istiqamah tu penting yaww. Kesan memang tak kan dapat on the spot. Tapi percaya lah, lepas tu kulit korang akan pulih. Just sabar and yakin.

Korang, kalau nak dapat kan supplement shaklee sume nih, boleh call / sms / whatsapp  aku kat no nih 011-24-39881.

Aku SID 1194408 yang berdaftar. Kebetulan promo jun nih hanya untuk VITA C + VITA E. 

Cepat cepatt!! Sebelum habis bulan nih, dapat kan segera VITA C nihhh !!!! 


Monday, May 25, 2015

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum .

Ya saudara saudari cikebum cikebum. Hahahahaha. Ting tong pulak rasa bila mood nak ke tengah malam nih.

Tujuan aku typing entry nih sebabnya aku nak bermanja dengan my lappy lah kan. Lepas nih my lappy adik aku pulak yang nak guna. Hmm .. **sebak
Second sebab aku nak story sikit pasal “that day” . Haaa. That day tu .. jeng jeng jengggg  !!!
“HAPPY TEACHER’S DAY”

Yeahhh .. Jap . Mesti korang ingat aku nih cikgu kan. Salh tu. Aku bukan cikgu. Aku hnya lah staff sokongan je. Biasa biasa je aku nih. Tapi aku still lagi celebrate this day kat sekolah. Rasa teruja pun ada. Firt time nih aku celebrate dengan bebudak. Hihihi

Straight to the point je lah kan..

Pagi tu macam biasa lah, sesiap bagi cecantik sikit. Yerr .. Sebelum nih cantik jugak, tapi hari tu extra sikit lah . Hahahahaha. **correction. Not cantik tapi kemas. J

Then pegi sekolah. Aku pegi awal hari tu sebabnya aku soramg yang tak prepare hadiah lagi. Haa .. Hari tu kami geng geng cikgu and staff ni main tukar tukar hadiah. Dan hadiah aku paling style.
SHAKLEE as a gift okeyy !! Memang rasa rendah diri sikit lah sebab hadiah aku paling kecik. Hmm.
**abaikan

Orite. Aku bagi korang layan gambo dulu lah erk. Enjoy!




Perarakan Vvip, guru guru, dan staff sokongan. 
**Terselit muka aku jugokk. hahahaha






Perhimpunan rasmi di sertai dengan perasmian hari guru. 






Saja menyibukkan diri. Hahaha







Pertukaran hadiah antara semua guru. 
**Hadiah aku paling kecikk bak hangg


Sukaneka guru dan murid.
**Aku pun terlibat sekali walopon berbaju kurung. Malas nak tukauu wehh. hahahaha



Ni geng gua lah. Cikgu cikgu dan staff pendidikan khas. 



**comey tuii hadiah gua. 





Gua conduct persembahan kelas gua. Gua pun dipaksa joget sekali. Pun bolehhh. hahahaha


Gambo gambo ni adalah aktiviti dari pagi sampai ke balik lah. Even simple, tapi bagi aku ni pengalam baru dalam hidup. Rasa bertuah dan bersyukur sebab tak semua orang ada pengalaman macam nih. Yang diraikan oleh murid murid kan. Seronok !

Dulu berangan nak jadi cikgu jgak sebab nak celebrate hari guru. Alhamdulillah, even aku bukan officially a teacher, tapi Allah bagi aku rasa diraikan masa hari guru. Thank you Allah ..

Seronok bila kita sentiasa dikelilingi budak budak nih. Bukan kita kan semakin jadi kebudak budakan tau. Tapi lebih matang. Masa nih korang akan tunjuk kan sikap sehabis baik lah sebab nak tunjuk depan dorang. Takkan lah kita nak tunjuk perangai tak elok kan.

Kita as orang yang yang tua dari dorang kena tunjuk kan nilai nilai murni. Kalau lah dorang tu one day jadi seorang yang kurang baik, hahh . nak salh kan siapa?? Jangan salh kan ibu mengandung okeyy .

Fikir fikir kan lah yer ! Oke dah. Esok aku kena meneruskan perjuangan.

Selamat malam ! Kalau selisih dalam mimpi tu tegur tegur lah. Hahahahahaha. Assalamualaikum ..


Sabtu

11:32 p.m , 23 Mei 2015

Saturday, May 16, 2015

This is ...... HERBAL BLEND lah !

Assalamualaikum .

Ya sahabat sahabat sekalian ...... :)

Petang yang agak suam suam kuku gitu . Bila kanak kanak suda pulang kerumah, kami di sini hanya menunggu masa untuk pulang selepas setle sume kerja. Haaaa gitew. Kronologi nye lagutuhhh .. Hahahahaha

Jom ler kita yang tengah free nih, berblogger. Orite. Gini . Entry kali ni eden nak share pasal "sesuatu". 

Hahh? Apa dia sesuatu tu?

Jeng jeng jeng!!

THIS IS HERBAL BLEND !!!


Straight to the point je lah erk. Nanti korang buhsan pulak nak membaca.

Okey. Aku sangat suka lotion ni sebab nya ini losyen pelbagai guna. Pengalaman aku guna losyen nih ada dua:

First masa kulit muka aku menggelupas lepas balik short vacay hari tu. Pakai dua hari, allhamdulillah.. Hilang :)

Second aku try untuk kulit tumit. Merekah derrr tumit aku. Aku ada jugak beli losyen untuk tumit. Tapi .. Hambar ... Lepas tu aku try losyen ni.. Alhamdulillah . Makin better dari yang lepas. Memang aku jaga kulit kaki aku lepas tu. Hahahahahahahahahahahaha *gelak besaq

Tu je lah nak cerita. Ni based on my experienced lah. Kalau korang nak tau tahap keberkesanannya macam mana, korang boleh pm aku. 

Kalau korang nak tau pasal lain lain produk shaklee pun boleh. Sedia membantu. Hihi

Okey lah. Gua chow dulu . Ada kerja yang nak dibuat. Nanti gua update entry baru k. Tu pun kalau gua rajin lah kan. Hahahahaha

Arigato gozaimasss ! 

Tuesday, May 12, 2015

m o v e . o n

Assalamualaikum, readers readers sekalian !!!

Hahhh ! gitu.. Nampak nau over aku nih. Hahaha. Baru ada masa lapang untuk bertyping and berblogger. Sebelum ni ada je masa terluang tetapi memandangkan rumah aku takde wifi… apa boleh buat meyhhh..

Move on ? Kenapa tajuk move on ? Ada apa pada move on ?
Ehhh .. ehh .. ehh .. Suka hati aku la nak type apa. Sibuk je korang. HAHAHAHA *gelak besar
Sorry.  Sorry. Sesaje melawak.

Okey. hari ni aku nak bercakap pasal move on sebab this is current issue dalam hidup aku etceli. Mesti korang tertanya Tanya apa dah jadi ke aku kan. Hahahahaha
Takde apa lah. Kalau ada pun …. Ehh takde apa lah. Aku tulis entry ni sebab aku nak bagi semangat dekat orang yang nak move on. Bagi sesape yang nak move on, aku harap kita sesame boleh move on and hopefully cara aku ni membantu korang. Bukan nya apa, aku tak nak korang meratap lama sangat. Hahahaha *cakap dari pengalaman =D

Well .. Hal yang berkaitan dengan hati ni tersangat lah menguji iman dan ketaqwaan. Tak percaya ?? Kau pegi tanya orang yang hati dia pernah rabak. Konfem orang tu boleh cerita sambil meleleh air mata. Hahahaha

Dalam saat saat genting macam ni, apa yang korang perlu buat ialah :

1-Menangis
Korang tau tak menangis tu bukan  menunjukkan diri kita ni lemah tapi kita menangis untuk meluahkan rasa sedih yang terbuku dihati. Seandai nya lah korang memendam, tak ke jadi dendam nanti. Takpun jadi gila sebab tak meluah kana pa yang sepatut nya diluah. So, korang .. alahh, jangan malu lah nak menangis. Jangn disimpan sedih tu bersarang dalam hati .. pergi atas bukit or mana mana then jerit. Yang pastinya jangan jerit dalam toilet, nanti kena marah dengan mak korang, jangan salah kan aku pulak yo!

2-Cari kawan kawan yang positif
Time time gini korang memang perlukan sokongan moral daripada seseorang yang sangat rapat. Contoh nya korang ada bff, atau sesapa pun.. luahkan lah. Luahkan dengan seikhlas hati. Jangan bagi ada yang tertinggal. Kalau kawan korang tu betul betul sayang korang, dia takkan memperlekehkan sikap korang sebab seorang kawan kan… mestilah dia faham apa yang kawan dia rasa.. **well, aku dah pernah rasa semua ni. Tengkiu kawan sebab sentiasa dengar cerita aku yang kadang kadang boleh korang marah sekali. Kekekeke

3-Positif
Bab ni korang kena kuat lah. Nak fikir positif memang kena kuat sebab ni adalah salah satu point untuk kita telan and hadam apa yang telah berlaku. Aku pernah Tanya kat sorang kakak nih, “akak, betul tak kalau orang cakap ayat positif ni hanya untuk kita sedapkan hati sendiri je?” Then, akak tu jawab,”ye dik. Betul tu. Sebab takde sapa yang boleh sedap kan hati melainkan kita sendiri yang set dalam otak. **masa aku nak move on tu memang setiap hari aku keep cakap ayat positif . hm

4-Back to basic
Maksud aku kat sini, cari Allah balik. Seeeeee…. Kita sendiri yang salah. Masa tengah seronok, lupa Dia. Bila susah baru nak cari. Allahu… Memang patut pun Allah bagi kita ujian nih. **nasihat untuk diri sendiri jugak. Masa nil ah korang kena up !

“Solat kena jaga, Al-quran jangan tinggal”

Memang ini yang korang kena buat. Jangan tinggal walaupun korang busy bagai esok dah takda hari. Masa solat tu korang jadikan satu platform untuk korang bercerita. Yesss ! masa untuk bercerita dengan Allah. Cakap kat Dia, luah dekat Dia, menangis depan Dia…. **ahhh.. sebak nya aku rasa. Korang luahkan lah apa yang korang rasa pada Dia. Kalau rindu, kalau sayang, cerita pada Dia.. Dia maha mendengar. Lepas korang “bercerita”, insyaAllah, rasa tenang tu tak dapat dibayangkan. **Aku pernah buat. Memang masa tu aku tersedu sedu bercerita, terasa macam berat dugaan aku ni, tapi bila masa aku doa tu aku mohon untuk dikurniakan rasa tenang… Alhamdulillah.. Rasa yang tak dapat digambar kan. Ringan .

Tu je kot point yang aku buat. Point lain tu aku rasa macam tak buat pun takpe. Contoh nya macam delete semua conversation, gamba semua…
Aku? Aku tak delete ape pun benda yang ada kenangan dengan dia..
Sebab? Sebab aku tahu benda ni adalah kenangan untuk aku yang memang takkan ada lagi pada masa akan datang. Masa korang berdoa tu, mintak dekat Dia, buka kan lah pintu hati korang untuk terima semua ni dengan ikhlas dan redha… InsyaAllah.. perasan korang akan feel better lah. Allah tak kejam , sayang …. =)

Jangan delete lah. Simpan buat kenangan. Dan korang buat lah benda benda yang menghappy kan diri. Contoh nya, korang pergi main hoki ke ape ke. Buat lah benda yang korang rasa nak buat.
Aku? Aku berbisnes. Dan aku rasa seronok pulak berbisnes ni. Hihi. Masa nil ah korang nak up balik. Do something that make u feel strong. Macam aku, aku rasa nak pergi join balik kelas silat. Hahahahahaha. Sebab aku nak jadi seorang yang berguna pada masa depan.

Okey, aku pun nak berkemas. Masa aku dah cukup. Aku nak balik.

Jadikan masa korang rabak ni satu strong reason untuk korang jadi lebih baik. Allah takkan uji hamba Dia, kalau Allah tau hamba Dia tak mampu. Korang kena say Alhamdulillah sebab Dia bagi korang sedar sebelum korang lagi hanyut.

And the last point, bangkit lah ! stand up ! Kita ada Allah ! aku tahu benda ni tak mudah nak buat, tapi aku yakin allah akan bantu bagi jadi mudah. Hearttttt … get well soon …





Selasa, 4:14 pm

Sunday, April 5, 2015

SHORT VACAY

Assalamualaikum, ya sahabat sahabat sekalian.....

Sihat dak? Hari ni aku nak update entry pasal short vacation. Aku lah pegi short vacay tu. Sementara aku ada masa lagi dengan my lappy, better aku update semua banda hari nih.

Okey. First thing first, aku pegi trip Langkawi. etceli aku dah nekad tak mau jejak tempat tu dan tak mau naik feri lagi sebab dah serik.

Tapi kali ni aku pegi jugak. Sebab nya ada something dekat hati yang menarik narik aku untuk kesana.**ayat buku dahhhhhhhh.. hahahaha

Seyes seyes. hati aku teringin nak kesana. Mungkin aku dah fall in lep dengan air laut kat sana. Subhanallah. Cantik !

Trip kali ni aku pegi berdua sahaja. Jeng jeng jenggggg


Aku pegi dengan kirah. Hahaha. memandang kan fina sume takde cuti panjang, so makna kata nya kami berdua je la yang ada. Unexpected planning etceli.

Kami yang bekerja ni selalu stress dengan kehidupan bekerjaya. So, ini trip untuk release tensyen sambil release duit skali. hahahahaha. Hanya dlm masa beberapa minit plan trip and terus setuju. Set date, time, and aku arrange.  Ikut kan in planning nak pegi hiking kat Gunung Raya. Tapi ruper nye kt sana boleh naik guna kereta. Kecewa!

Kami pegi sehari sahaja dan bajet dalam seratus. Tapi terlajak. Sewa parking mahal ! hmphhh

Naik feri dekat Jeti Kuala Kedah. Hm. *menggamit kenangan jeti ni. Aku redah cari jugak jeti even aku tak tau tempat ni dekat mana. Alhamdulillah. Jumpa. Dan aku rasa nak cium signboard bila dah nampak signboard Jeti Kuala Kedah tu. Hahahahahahahaha

Then, parking kereta. Jalan pegi cari tiket. Kiteorang dapat tiket feri yang kedua pukul 8.15 pagi.


 Berskirt aku hari tu. Lagi selesa. haha


Dah naik feri tu, tido seround bila bangun.. Lapaqqqqqqqq!!! Terus tak dapat fokus nak tido. Layan je lah apa yang ada dalam feri tu. Kirah tu tido tak hingat dah aku kat sebelah dia nih. hm

9.45 pagi, kiteorang sampai jeti Langkawi. Jalan pusing tanpa arah sebab tak tau nak cari transport kat mana. hahahaha

Jalan punya jalan punya jalan ada lah sorang abang nih. Berjalan sambil cakap sambil tengok kiteorang yang takde arah tuju nih. "Cari transport dik ? Moto ade, kete ade."

Aku dengan Kirah dah stop jalan. Abang tu ckp auto ke moto ? hahahahaha. Kejar cari abang tu. Borak sembang  segala, dapat dah scoot (RM40). Akhir nyaaaa.. hahahahaha

Well, aku paling suka naik moto nih. tambah pulak kalau orang tu bawak lelaju. walawehhhhhhhh.. best nyaa!!!!! Kirah nih bawak boley tahan laju. I like !


Sanggup benti tepi jalan semata mata nak selpie okeyy.. gigih sangat. hahahaha



Memang muka aku je lah yang ado. Kirah yang bawak. Almaklum lah lesen moto pun aku takde. hahahahaha

Kiteorang tak pegi banyak tempat sebab masa terhad. Tambah pulak kiteorang dah tersesat ke cemana entah jauh kemain nak pegi Pantai Cenang tu. Kebas jugak lah duduk statik atas moto tu. hahaha

Jalan jalan jalan....

Sampai. Memang tuju kedai makan dulu lah. Lapar ni hanya tuhan yang tau. Makan RM11 untuk dua orang. Dah makan kiteorang jalan masuk kt Pantai Cenang tu.

Terkelu 2 sec! Cantik nyaaaaaa pantai ..............




Berlari lari aku bukak kasut nak main air punya pasal. Dan kami decide nak habis kan masa dalam air ni. Biru nya air laut nihh. Tapi tapi tapi ..... sehelai baju pun kami tak bawak. hm. Macam mana nak mandi laut ;'(

Hampa.

Tetiba kirah menyuarakan idea bernas dia. Kiteorang nekad nak mandi laut jugak. Okey. Sesape nak tips mandi laut tapi takde bawak back up baju, boleh la tanya kiteorang. Kiteorang dah ada pengalaman. Kihkihkih.

Lamanya jugak lah kiteorang berenang renang di tepian pantai tu. Tapi aku tak pandai berenang. Action je lebih. hahahaha. Lepas buat kuak lentang, kuak kupu kupu segala, then tergesa gesa cari masjid untuk tukar. Back to normal.Tadi masa kat pantai kiteorang jadi orang lain sat. Hahahahahahahahahahahahahahahaha *gelak besar

Dah buat transformasi bagai, Kiteorang jalan cari stesyen minyak sebab minyak dah ditahap paling bawah. Sebelum kiteorang kena tolak scoot comel, better cari minyak dulu. Masa tu dah pukul 2 lebih. target nak balik pukul 3. Sempat lagi nak pegi Pekan Kuah jap cari barang barang. Pilih sana pilih sini, pukul 3 dah. Terlepas dah feri. Plan changed. Balik pukul 4.

So kiteorang jalan kejap pegi Dataran Lang. Tahun lepas datang tapi tak sempat nak pegi sini. Aku pun tak tau kenapa kiteorang tak sempat datang sini.



Encik Helang, aku mohon jangan pergi !



Finotttt .. Kiteorang dah sampai kat helang besar ni. Mohon jeles!!!! hihihi


Cuaca masa tu, alhamdulillah. Cerah sampai ke petang. Kalau hujan tu takde la gamba gamba ni semua. Mungkin kami akan berselpie di bus stop saja. Tunggu hujan reda. hihihihi

Snap je  gamba kt Dataran Lang terus rushing beli tiket. Pas balik kunci scoot. Alaaaa.. nak balik dah ;'( Bila lagi nak datang sini. Hm

Terus pegi beli tiket. Nak dijadikan citer tiket feri pukul 4 dah sold out. Cuak! Plan changed again! Feri pukul 5. Sian jugak dekat kirah nanti nak drive balik memalam kan. Tapi ni kesalahan diri sendiri sebab taknak beli awal awal. So, redha. Let it go. =D

Kiteorang just habis kan masa dekat jeti tu sahaja. Makan. Rehat. Lepak. Hargai masa yang berbaki tu.

Dan .. Bye Langkawi. Ada masa, ada rezeki, aku datang lagi. Mungkin bulan depan, mungkin tahun depan. Mana tahu kan, Allah adalah sebaik baik perancang. ;')

***Rindu dengan air laut warna biru tu !


Langkawi
05 April 2015

Wednesday, April 1, 2015

E n g g a g e m e n t D a y

Ya Allah .. naik berhabuk dah blog aku. Siap bersarang labah-labah. Haishhhh .. *sambil angkat penyapu buang sawang ..

Ehh ehh .. Baru perasan aku nak bercerita bukan nak buang sawang-sawang ni semua. Biar kan ia bersawang. kihkih

Dah lama aku tak update blog ni. Terlintas jugak nak update tapi tu la kan mood typing tak mai. *alasan memanjang. bila nak berubah pun tak tau lah. 

Assalamualaikum ..

Haaa.. cakap berkajang dah. Tapi baru nak bagi salam. Bertuah punya tuan blog. maafffffff

Untuk entry kali ni aku nak bercerita pasal 1 majlis ni.  Hahhh . mesti korang ingat ni majlis aku kan ?! Baik cakap betul betul. Etceli ni bukan majlis aku tapi kawan aku merangkap sahabat baik aku lah, Nurul Shakrah Binti Ab Bakar.


Tadaaaaaaaa!!! ini lah sahabat saya. Comel kan dia. Dia ni orang Penang tuuuu. Bakal hasben orang Pahang. Ceq takdak gamabaq dia. So, tunggu depa kawen baru ceq update k. hihi

Masa majlis ni nak berlangsung kami and the geng ni plan lah nak buat seprise, Target nye si mekirot ni akan nangis terharu lah. Dorang tu sampai sanggup menyorok dalam kete punya la nak cakap "sepriseeeeee"

Tapi apa kan daya, si mekirot ni tengah penat sebab kena bekerja keras, so seprise tu pun tak menjadi. Memasing .. "hampa". Tapi takpe lah. Janji dorang datang. huhu

Ok now aku nak tunjuk gambo je. 

Enjoy !

Mula dari dorang sampai la yer.


Shawl merah tu namanya Aimi. Yang senyum nampak gigi tu namanya Fina, finot, not, mokk. sume dia lah. hahahahaha. Dorang dari selatan menuju ke utara. Dorang turun kat tempat aku dulu. Then baru kami gerak sesame ke penang. jauh betei perjalanan dorang nih. Appreciate sangat weh !






Tak tersusun pulak gambo nye. Maapppp... !

Tadaaaaaaaa !!!!! ni gambo bila kami dah sampai tempat yang dituju. :')













Ni gambo sekitar majlis lah. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang sangat sangat kelam kabut dan huru hara.

Lepas majlis kami semua ni pegi terus jalan jalan kat penang. Pi pekena ikan bakaiaqq segala bagai. Duit habih banyak sebab kami banyak makan. hahahaha

Lepas tu kami bermalam dekat rumah sorang kakak yang baik nih. Tengkiu kak bagi tumpung rumah. huhu. *gambaq takdak naa

So esok nye pulak kami jalan. Malam tu tido dulu untuk cas apa yang patut.

Esok nya pulak ........

Tak awal sangat la kami gerak jalan. Bersiap punya pasal so lambat la kuar nye kan. Memasinh mekap tebal 5 inci. hihi. ehh tak lah. Tipu je. Lambat sebab memasing mandi lama nak mammm... hahhahahahhahahahahha







Aku perati je si mekirot ni tau. Kalau dia fokus tu rase nye boleh tembus benda alah tu tau. Haishh .



Boolat nya muka si aimi nihhhh. HAHAHAHAHA

Kami tak pegi banyak tempat pun. Sebab nya masa limited. Aimi and fina nak kena naik flight malam nya. Bila petang tu aku dah rasa sebak dah sebab dorang dah nak balik. huhu ;'(

Petang tu terus cari airport and rehat rehat kat situ sambil tunggu flight pkul 11 sambil makan aiskrim sambil begambo sambil melayan perasaan sambil ape lagi aku nak cakap nih .. hahahaha





Aku pun tak faham kenapa kami memasing selpie tayang tutty fruity ni. hm

Lepas makan semua ni ..... Tunggu je lah untuk dorang masuk check in. *sebak dahhhhh


Kirot takde sebab dia .. dia yang amek kan gambo. HAHAHAHAHA

Dan ending nyaa ...

Aimi , Fina check in.

Habis cerita ni. Perjalan dalam dua hari.

Bagi aku untuk entry kali ni  aku nak bercerita pasal persahabatan kami etceli. Yess . Tujuan utama memang untuk cerita e-day kirah. Tapi aku nak highlight kan pasal relation kiteorang.

Masa Kirah cakap e-day dia dah tetap kan date, aku terus berharap yang semua sahabat sahabat aku turun sebab aku rasa ini lah je lah peluang yang ada untuk kami jumpa. Tapi Allah maha merancang. Ada aimi and fina pun aku dah cukup seronok. hihi

Setiap saat, detik hari tu yang berlalu memang aku hargai sangat sangat sebab nya I LOVE THEM BECAUSE OF ALLAH. Allah dah temukan kami. So, aku kena hargai relationship nih.

Sooo .. conclusion nya, May Allah protect them. Fi hifzillah !

Ada masa kita jumpa lagi. InsyaAllah.

Doa dalam hati : Harap harap lepas ni dapat berkumpul kami 6 orang.

---Cerita dah habis. Pi mandi kaihhh